fbpx

Zahid ERA fm Selamat Merisik Kekasih & Bakal Kahwin Pada Jun 2013

Senyap senyap sahaja Zahid Baharudin atau Zahid AF2 sudah pun selamat masuk merisik kekasih hati beliau, Sarah Julifa yang berusia 24 tahun — kalau anda masih ingat, banyak siri percintaan penyampai radio ERA fm ini sebenarnya, sampai juga jodoh kamu ya. Heh.

Bercakap di laman rasmi ERA fm, Zah

id berkata pada awalnya adat merisik ini hanya di'ketahui oleh pihak keluarga sahaja namun sekeping gambar yang di'muat naik ke Instagram menjadi perhatian peminat sekaligus menuntut penjelasan dari tuan punya badan.

Namun, Zahid masih merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan beliau dan menyatakan Jun 2013 sebagai sasaran beliau untuk mengahwini Sarah Julifa — gadis yang menurut beliau sekepala dengan dirinya yang gila gila, selain pandai memasak & membuat kek.

Tahniah in advance buat Zahid Baharudin & Sarah Julifa atas hubungan mereka yang sudah pun masuk peringkat yang serius & matang ketika ini. Ini merupakan video temuramah eksklusif bersama Zahid berkaitan kekasih & perancangan beliau untuk berkahwin tahun hadapan.

zp8497586rq