“Yusuf Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua Daripada Dia”
Selamat bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin, penyanyi Zizi Kirana berkata dia tertarik dengan sikap suaminya yang sopan santun dan matang.
Ujarnya, meskipun perbezaan umur tujuh tahun namun ia tidak menjadi halangan untuk mereka mendirikan rumah tangga. Kata Zizi lagi, mereka hanya berkenalan selama dua bulan dan bertunang pada Ogos lalu.
BACA: Zizi Kirana Sah Bergelar Isteri Yusuf Bahrin
“Kami hanya berkenalan selama dua bulan dan alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tarikh 29 Ogos lalu kami bertunang secara virtual. Saya senang dengan Yusuf kerana dia lelaki yang sopan dan matang berbanding usianya.
“Yusuf menerima saya seadanya walaupun saya lebih tua daripada dia. Saya tak rasa kekok dan janggal dengan Yusuf biarpun dia lebih muda. Lagipun saya kan suka lelaki yang lebih muda, saya suka ‘anak ikan’,” seloroh Zizi.
Ditanya mengenai perancangan menimang cahaya mata, Yusuf berkata menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir. Ujarnya, dia terpikat dengan sikap Zizi yang lemah lembut dan bersahaja.
“Soal anak, kami tak meletakkan sebarang sasaran. Kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima. Kami serahkan kepada Allah saja.
“Saya suka perwatakan Zizi yang sangat bersahaja. Perkara itu membuatkan saya terpikat. Zizi juga seorang yang baik hati dan menghormati orang tua. Cara dia cakap dengan saya pun sangat lembut. Tapi, bila cakap dengan kawan-kawan, caranya macam gangster pula,” katanya.
Zizi selamat diijabkabulkan dengan Yusuf di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, di sini pada jam 10.40 pagi tadi.
Alhamdulillah. Congrats to Yusuf and Zizi. Best wishes.
Lawa pulak nikah pakai songket hitam…x la tipikal pakai putih mcm yg lain
Ok anak ikan handsome… i taste chuols!
zaman skrg tak kisah tua atau muda onz sajor dah 2021 ni yg kawin pon ada main luar cekoo pondan/nyah nafsu manusia semakin kompleks why not?
Putih nampak lagi berseri naik elegant ..hitam cam berkabong la muram.
Lega gosip Vida takde..Ok anak ikan ni handsom tak propa tahniah.
ko kut2 fazura dan nelofa eyh? acah2 ko nyah… aaaaaaaaaaaagitewwwwwwwwwwww
36-29= 7
mana boleh dikira anak ikan. Perbezaan umur mcm ni oklh. Lainlah beze atas 15 tahun..
aku ckp benar je.
Mmg kacak dn lawa., semoga kekal ke jannah. Ketinggian pun stabil. Sdap pelok lelki tinggi taw, btui tak Zizi.
Bodooo ater mmang la ckp ngan jantan muda!opkos la kena lemah gemalai, hakak dulu gitu gak dh dapat.. Hurrrmm…
aku ingatkan umur si yusof ni muda sangat mcm 24 ke 25.. tahu2 29.. standard lah tu, beza 7 tahun je pon. zizi pon tak nampak 36 tahun..muda jek tgk.. Suka tengok dorang lagi2 sejak zizi more to islamic life.. Si yusof ni helok eh sedap mata memandang.. baru ku tahu pelakon ye? Haha..dua2 cantik dah kacak ! Semoga berbahagia till jannah <3
Laaa..Selalunya..ramai pompuan lebih tua ni mesti yg lebih kaya..berduit dari si suami yg muda