fbpx

Zizi Kirana Sah Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Zizi Kirana yang sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Mushidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

BACA: Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dikhabarkan Nikah Bulan Depan

Pada majlis tersebut, Zizi mernima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

Meluahkan rasa syukur majlis nikah berjalan dengan lancar, Zizi berkata mereka mendapat tarikh nikah disaat akhir namun semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar, kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.

“Semuanya dilakukan saat-saat akhir. Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan, doa semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia dan Yusuf merancang untuk mengadakan dua majlis reseps di Sabah dan Melaka pada Disember depan.