Pulak dah!

Beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri tempoh hari, Berita Harian melaporkan kenyataan panas Yusry KRU.

Dalam laporan tersebut, Yusry KRU mengakui yang beliau merancang untuk mengahwini kekasih beliau, Lisa Surihani pada tahun 2013.

Namun ketika di’temui wartawan KOSMO! di rumah terbuka KRU baru baru ini, Yusry KRU menafikan laporan tersebut sehingga menimbulkan suasana tegang.

“Saya tidak pernah beritahu akan kahwin dengan Lisa sama ada pada tahun 2012 atau 2013.”

“Memang saya akui kami mempunyai hubungan tetapi kami belum lagi membuat sebarang perancangan untuk berkahwin,” katanya perlahan tetapi dengan nada serius.

Nasib baik si cantik manis Lisa Surihani ada di’sebelah untuk menenangkan Yusry KRU yang di’laporkan kurang senang dengan isu perkahwinan ini.

Tidak mengapa Yusry KRU, tahun bila pun kamu berdua bersatu, yang terbaik kami doakan untuk kamu berdua. Yusry KRU & Lisa Surihani forever and ever.