fbpx

Yusry KRU, Lisa Surihani Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada Lisa Surihani dan juga Yusry KRU kerana telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada pagi tadi (23 April 2017). Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Yusry sendiri di laman Instagram.

BACA: Lisa Surihani, Yusry KRU Tidak Mahu Sekat Rezeki Anak

“Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah,” tulis Yusry menyatakan rasa syukurnya di atas kelahiran cahaya mata kedua tersebut.

Perkongsian Yusry turut mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya di laman sosial tersebut malah ada yang mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Pada September 2015, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung, Yahaira Leanne. Pastinya kehadiran cahaya mata kedua pasangan ini akan memeriahkan lagi suasana. Apa pun, semoga perjalanan keluarga ini akan dipermudahkan. (rtky/s)