fbpx

Kenapa nama Yusry KRU tiba tiba kembali popular? Aneh.

Semakin hampir tarikh tayangan filem blockbuster Hikayat Merong Mahawangsa, semakin banyak kisah Yusry KRU kita dengar.

Kebetulan? Hmmm.

Hari ini dalam KOSMO! Yusry KRU dengan penuh yakin menafikan hubungan cinta beliau dengan anak gadis Rohana Jalil yang tiba tiba bernama Kila Fairy.

Nama sebenar beliau sebelum ini adalah Syakila Nisha Jahangir Khan dan KOSMO! hari ini mengiyakan nama komersial gedik baru beliau, Kila Fairy.

Yusry KRU mengakui beliau kerap kali keluar dengan berlainan wanita selepas bercerai tidak lama dahulu. Namun, tiada yang bergelar istimewa.

Yusry KRU turut mengakui yang beliau pernah keluar bersama Ummi Nazeera dan sehingga kini masih tiada apa apa antara mereka berdua.

Dan, kini Yusry KRU bergelar pensyarah sambilan untuk kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi untuk pelajar ijazah sarjana muda animasi tahun akhir semester 6 di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM. Bacaan lanjut di mStar Online. Enjoice!