fbpx

Yusof Haslam Tak Kecil Hati Syamsul Tak Balik Beraya 

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia tidak berkecil hati anaknya, Syamsul Yusof masih belum pulang ke rumah serta beraya bersama keluarga.

Memetik mStar Online, Yusof berkata Syamsul ada menghubungi keluarga terdekat memberitahu dia menyayangi ibu bapanya serta mahu pulang ke rumah namun sibuk dengan urusan kerja.

BACA: “Mana Dapat Berita? Itu Betul-Betul Ke Atau Khabar Angin?” – Yusof Haslam

“Mungkin dia masih merajuk la agaknya. Sebagai mak ayah kita tak ambil hati tapi anak-anak ni lain sikit.

“Saya faham anak-anak ada jalur kehidupan mereka sendiri. Saya percaya apa yang disampaikan kepada sepupunya itulah suara hati sebenar dia,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata meskipun anaknya itu tidak pulang berhari raya bersama keluarga namun dia yakin Syamsul akan pulang suatu hari nanti bertemunya dan juga ibunya, Datin Patimah Ismail.

“Saya percaia dia akan balik InsyaAllah. Berilah dia sedikit masa mungkin dia sedang sibuk sekarang,

“Tak mengapa saya pun tak mahu mengganggu dia. Sebagai ibu bapa, kalau kita yang mencari dia, rasa tak sedap pula,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak sulung mereka serta berharap filem terbarunya The Original Gangster menerima sambutan ramai.

SUMBER: mStar Online