fbpx

Pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mengakui terkejut dengan desas-desus spekulasi perceraian anaknya, Syamsul Yusof dengan isteri, Ira Kazar yang hangat diperkatakan hari ini.

Memetik Kosmo, Yusof berkata dia tidak tahu mengenai khabar angin tersebut apatah lagi sudah lama tidak berhubung dengan anaknya itu.

BACA: Syamsul & Ira Didakwa Sudah Bercerai, Kazar Bagi Jawapan Ringkas 

“Mana dapat berita? Itu betul-betul ke atau khabar angin? Saya tidak tahu menahu. Saya sendiri pun sudah terputus hubungan (tidak berjumpa Syamsul). Jadi saya tidak tahu apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata beliau enggan mengulas mengenai isu berkenaan kerana bimbang memburukkan lagi keadaan. Malah, isterinya Datin Patimah Ismail turut mengingatkan agar tidak memberi kenyataan mengenai anak mereka.

“Syamsul pun dah lama tak balik ke rumah. Jadi saya tidak boleh beri komen. Takut nanti tersalah cakap. Tak bagus pula dan akan memburukkan lagi keadaan.

“Macam kenyataan saya semalam yang keluar dalam program Melodi, isteri saya pun dah bising. Datin dah pesan jangan cakap apa-apa. Jangan mengharapkan anak balik. Cukup-cukuplah,”  katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia sebolehnya mahu menjaga hati anak sulungnya itu serta bimbang kenyataannya boleh membuatkan Syamsul terluka.

“Saya pun tidak tahu hal sebenar. Jumpa dia pun tidak. Jadi kalau saya bercakap, takut melukakan hati anak.

“Kita orang tuanya, lagi nak menjaga hati anak. Bila wartawan tanya tak rindu anak ke? Siapa yang tidak rindukan anak. Isteri saya hari-hari menangis. Apa-apa pun kami mendoakan yang terbaik sebagai ibu bapa,” katanya.