fbpx

Yusof Haslam Tak Dapat Menahan Air Mata Rindu Syamsul 

Pengarah Datuk Yusof Haslam berkongsikan kali terakhir dia berhubung dengan anaknya, Syamsul Yusof setahun lalu dimana pengarah itu datang ke rumah dan mereka turut berbual seketika.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Menerusi temu bual bersama Melodi, Yusof berkata selepas bertahun anakya tidak pulang ketika itu isterinya, Datin Patimah Ismail yang menghubungi anak mereka.

BACA: Yusof Haslam Harap Isu Puteri Sarah Saman Kakak Ipar Ira Kazar Tak Berpanjangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

“Saya pun dah tak ingat, bertahun. Tak salah saya setahun sudah dia datang ke rumah masa mak mentua saya sakit. Mak dia hubungi dia, dia datang. Itu saja.

“Saya ada berjumpa dia, ada berbual sekejap. Itu kali terakhir. Tapi sebelum itu, lama la, dah bertahun dia tak balik. 

“Tapi tak apa, saya tak mahu orang anggap yang bukan-bukan. Sebagai anak mungkin ada benda dia tak puas hati, ada benda  tersentak dengan ibunya, dengan saya,” katanya. 

Sementara itu, Yusof berkata dia dan isterinya memberi masa kepada anaknya itu untuk pulang berjumpa dengan ibunya. Yusof turut mengingatkan anaknya itu jiwa akan lebih tenang jika Syamsul berbaik dengan ibunya.

“Tak apalah kami bagi masa, terserah pada Syamsul untuk balik berjumpa dengan mak dia. Tapi kalau dia tak nak balik pun bagi saya terserah, tepuk dada tanya selera.

“Kami dah nak menjangkau 70 tahun depan, kita tak tahu bila kita akan pergi, ramai rakan perjuangan saya telah pergi. Bagi saya kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapak kau dah tak ada baru kau nak cari mak bapak kau.

“Jangan menganggap apa yang bapak dan mama luahkan itu sebagai nak merendah-rendahkan kamu, tidak. Kami sentiasa doa yang baik, Syamsul. Jiwa kamu akan lebih tenang jika kamu baik dengan ibu kamu, keluarga kamu, wang bukan segalanya,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada dia rindukan seorang anak yang bernama Syamsul, Yusof dilihat gagal menahan air mata serta mengakui sudah penat dengan apa yang berlaku.

“Kami sedih. Of course kami sayang dengan anak. Saya sudah letih dengan semua ini. Jiwa saya dengan Datin dah Kami sudah terima semua ini dengan apa yang berlaku.

“Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan yang baik. Papa tetap akan menyokong kamu,” katanya.