fbpx

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap tindakan saman yang dibut oleh Puteri Sarah terhadap kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Davinda tidak berpanjangan.

Memetik Harian Metro, Yusof juga berharap isu yang berlaku tidak menggangu ketenteraman Sarah dan kedua-dua cucunya.

BACA: “Kalau Boleh Elaklah Saman Menyaman” – Yusof Haslam Dah Sebulan Tak Jumpa Puteri Sarah

“Saya dan Datin Patimah enggan komen. Itu hak dia, tapi kami doakan yang terbaik supaya isu ini tidak berpanjangan.

“Semoga ada jalan noktah supaya tiada mana-mana pihak mengganggu ketenteraman Sarah dan cucu-cucu kami,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof turut meminta orang di luar sana memberi ruang kepada Puteri Sarah untuk meneruskan kehidupan dengan tenang.

“Biar Sarah meneruskan kehidupannya dengan tenang,” katanya.

Berapa hari lalu, menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda.