fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah berang apabila bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena didakwa masih ‘menyalak’ di Instagram.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Puteri Sarah berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang malah akan membuat laporan kepada majikan wanita tersebut.

BACA: Puteri Sarah Bengang Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul

Memetik Harian Metro, penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam mendoakan yang terbaik buat menantunya itu susulan isu tersebut. Namun, dia tidak dapat mengulas lanjut selepas berbincang dengan isterinya, Datin Patimah Ismail.

“Saya bincang dengan isteri saya dan dia nasihatkan supaya jangan komen apa-apa. Benda dah berlarutan. Biar dan serah kepada Sarah. Saya doakan yang terbaiklah. Kalau boleh, elaklah saman menyaman ini kerana tak ke mana pun saman menyaman ini.

“Tak manis untuk saya komen lebih-lebih sangat. Saya doakan yang terbaik untuk semua, termasuklah Syamsul dan cucu-cucu saya,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia dan isteri masih berhubung dengan menantunya itu serta turut berpesan kepada Puteri Sarah supaya sabar serta memberikan kata-kata semangat.

“Saya dah sebulan tak jumpa Sarah, tapi ada hubungi melalui WhatsApp. Apa yang boleh saya doakan, saya cakap kepada dia, sabar.

“Kita tak boleh nak mengelak kecaman atau kutukan. Bahkan ahli politik pun kena kutuk dalam zaman sekarang. Cumanya, jangan dilayan untuk elakkan ia berpanjangan,” katanya.