fbpx

Semalam dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan hubungan cinta bekas kekasihnya, Ammar Alfian Aziz ada meminta sesiapa yang ragu ragu bertanyakan sendiri kepada Datuk Yusof Haslam.

BACA: Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof Kini Bercinta?

“Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul Yusof) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya,” ujar Ammar Alfian nampak yakin dengan pendedahan beliau terhadap hubungan pasangan tersebut.

Yusof Haslam menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini bagaimana pun menolak untuk mengulas lebih lanjut tentang status hubungan cinta anak lelakinya, Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana seperti di’dakwa.

“Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen. Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu”

Datuk Yusof Haslam berkata yang Syamsul Yusof mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup tetapi apa yang lebih penting ketika ini adalah pengarah muda itu menyiapkan kerja (filem) terlebih dahulu.

Gambar Ihsan: Nizam Zailan