fbpx

Yunos Laith Nama Anak Ketiga Yusry, Lisa Surihani

Genap seminggu menimang cahaya mata ketiga pada 15 Jun lalu, Datuk Yursy Abdul Halim dan isterinya Datin Lisa Surhani mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa mendedahkan anak ketiganya itu diberi nama Yunos Laith Bin Yusry. Lisa turut berkongsikan maksud nama anaknya itu.

BACA: Lisa Surihani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Lisa turut memuat naik gambar ketiga-tiga anaknya menerusi entri tersebut. Bagaimanapun, wajah Yunos Laith hanya dapat dilihat dari tepi sahaja.

Perkongsian Lisa mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji nama anak ketiganya itu mendoakan membesar dengan baik serta menjadi anak yang soleh.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne kini berusia empat tahun.