fbpx

Lisa Surihani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan buat Datuk Yursy Abdul Halim apabila isterinya, Datin Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka jam 2.30 pagi tadi.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Yury meluahkan rasa syukur isteri dan bayi lelaki mereka berada dalam keadaan baik.

BACA: Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga

Lebih manis, Yusry berkata kelahiran anak ketiganya itu adalah hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-48 hari ini.

Perkongsian Yusry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne kini berusia empat tahun.