fbpx

Yuna Terkejut Didakwa Sudah Bertunang

Dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, Yuna menerusi pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa tampil menafikan berita berkenaan. Jelasnya gambar yang menjadi punca tercetusnya kontroversi terbabit adalah gambar lama yang diambil tahun lalu.

BACA: Yuna Dan Adam Sinclair Sudah Bertunang?

“Gambar itu diambil ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan pemuzik, AG Coco sebelum ini. Kalau tidak percaya, peminat boleh tengok gambar itu di Instagram Yuna kerana AG turut bergambar bersama mereka. Yuna tidak marah, cuma dia terkejut saja dengan gosip itu”

Setakat ini, Adam juga tidak ada keluarkan sebarang komen mengenai gosip yang mendakwa mereka bertunang itu. Mereka makin rapat sejak setahun lalu dan kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” kata pengurus Yuna kepada Harian Metro mengenai berita pertunangannya.

Bagaimanapun buat masa ini, Wawa memberitahu, Yuna masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin kerana sibuk dengan komitmen kerja. Terdahulu Yuna dikatakan telah bertunang dengan Adam Sinclair apabila jejaka itu memuat naik gambar mereka sedondon. (rtky/w)