Bertemu dengan penyanyi Yuna yang jarang berada di Malaysia memang akan digunakan untuk bertanyakan tentang kisah cinta beliau dengan Julian Schratter yang di’khabarkan kini semakin rapat dan intim.
Namun, jawapan dari penyanyi bertaraf antarabangsa ini masih tidak mahu mendedahkan status hubungan mereka berdua ketika ini kerana Yuna sendiri lebih selesa untuk berahsia tentang kisah peribadi dan belajar dari pengalaman lalu.
“Hubungan kami macam biasa. Tapi sebolehnya saya tak mahu lah bercerita tentang hal peribadi. Ia terlalu privasi untuk saya beritahu pada umum. Lagipun saya belajar daripada kesilapan lalu membuatkan saya kini lebih selesa berahsia,” ujarnya.
Yuna ditemui media ketika mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Nocturnal di pejabat Google Malaysia dan album yang mengandungi 11 lagu itu sudah pun berada di pasaran dan mengambil masa enam bulan untuk di’siapkan.
“Saya tak hadapi cabaran terlalu besar sepanjang siapkan album ini. Saya cukup selesa sepanjang proses rakaman sebab jadual saya tak padat sangat. Kalau album dulu saya sibuk dengan persembahan jelajah. Kali ini prosesnya lebih relaks”
“Selain tu, disebabkan dah biasa buat persembahan di konsert jelajah lau, saya rasa mutu vokal saya pun dah semakin baik”, ujar Yuna yang akan muncul dalam program bual bicara popular bersama Jimmy Kimmel Januari depan.