fbpx

Yuna Rancak Buat Persiapan Kahwin

Mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan Ogos lalu, Yuna nampaknya sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya. Menerusi laman Twitter, Yuna sempat mengemaskini perkembangan terkini dirinya yang baru sahaja selesai membeli fabrik kain baju perkahwinannya.

BACA: Yuna Dan Adam Sinclair Selamat Bertunang

Bagaimanapun penyanyi antarabangsa itu masih berteka-teki dengan tarikh pernikahannya. Pun begitu, kemas kini entri terbaru Yuna mengenai persiapan perkahwinannya membuatkan ramai teruja menantikan hari bahagia penyanyi kesayangan mereka disatukan.

Rata-rata peminat membanjiri timeline penyanyi itu, mengucapkan tahniah kepada Yuna dengan tunangnya yang juga adik kepada Ashraf Sinclair, Adam Sinclair. Terdahulu, Yuna dan Adam telah melangsungkan majlis pertunangan mereka di kediaman pihak lelaki di Shah Alam.

Apapun semoga segala persiapan perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar. Harapnya Yuna sanggup berkongsi tarikh pernikahannya nanti supaya bolehlah peminat sama-sama melihat hari penuh bermakna itu. (rtky/w)