fbpx

Yuna Bakal Rakam Lagu Baru Bersama Usher

Tahniah diucapkan kepada Yuna kerana kini telah melakar sejarahnya sendiri apabila telah merakamkan lagu bersama penulis lagu dan penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat iaitu Usher. Perkara itu disahkan oleh komposer David Foster yang turut berkata kerjasama berkenaan bakal menaikkan lagi nama Yuna di peringkat antarabangsa.

BACA: Yuna Dihalau Keluar Dari Kedai Kerana Peminat

“Pihak kami akan mengasah bakat Yuna untuk menjadi penghibur yang lebih tinggi,” katanya kata David pada majlis pelantikannya sebagai duta pertama global penerbangan AirAsia.

Mei lalu, Foster pernah mengeluarkan pendapatanya bahawa Yuna masih belum cukup kemampuan untuk bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa sebaliknya perlu meningkatkan lagi bakat beliau dalam bidang seni. Nampaknya kini Yuna telah meletakkan namanya pada standard yang tersendiri.

Sebelum ini, kepulangan Yuna untuk berhari raya di sini dan membeli persiapan di pusat membeli belah telah sedikit terganggu apabila dia dihalau daripada sebuah butik kosmetik hanya kerana ingin bergambar bersama peminatnya. (rtky/s)