fbpx

Yuna Lancarkan Lagu Penuh Lelaki, Bakal Terbit Album Baru Mei 2013

Lagi perkembangan terbaru artis kita di Amerika Syarikat. 12 jam yang lalu, Yuna telah melancarkan versi penuh untuk lagu berbahasa Melayu beliau yang berjudul ‘Lelaki…’. Ya, Lelaki dot dot dot.

Menurut Yuna, lagu ini mengisahkan tentang pengalaman seorang wanita yang sudah berkahwin selama 10 tahun & baru menyedari yang suaminya punyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri.

Anda boleh dengarkan lagu terbaru Yuna, Lelaki… di Tumblr rasmi Yuna atau menerusi Soundcloud. Enjoice!

Dalam perkembangan berkaitan, Yuna yang kini bernaung di bawah Verve Records akan mengeluarkan album penuh terbaru berjudul Sixth Street yang menjadi album kedua beliau di Amerika Syarikat.

Album yang akan terbit pada 6 Mei 2013 ini akan di’lancarkan melalui sebuah showcase khas di platform Stageit & tiket berharga US$10 boleh mula anda dapatkan untuk melihat Yuna menyanyi secara live.