fbpx

Yuna Rugi RM5,000, Kereta Kena Pecah

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan yang penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas kereta milik beliau di’pecahkan perompak.

Kejadian itu berlaku di Subang Jaya apabila kereta milik Yuna tersebut di’pinjam oleh seorang rakan Farhan Fadzlishah atau Pa’an untuk pulang ke rumah sekitar 7.00 malam semalam.

Bapa rakan lelaki Yuna terdengar bunyi bising sekitar jam 5.30 pagi dan ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.

Dua lelaki tersebut melarikan dua buah gitar milik Yuna & anak didik’nya, Diandra Arjunaidi berserta set stereo kereta tersebut yang secara keseluruhan bernilai RM5,000.

Dalam kenyataan melalui Twitter beliau, Yuna memberitahu yang sebenarnya hanya sebuah gitar milik Diandra Arjunaidi yang hilang manakala gitar milik beliau selamat di’rumah.