fbpx

Yuna Dirompak Di Seattle & Alatan Muzik Dalam Van Jelajah Lesap

Yuna Dirompak Di Seattle & Alatan Muzik Dalam Van Jelajah LesapSatu dugaan buat penyanyi kesayangan ramai yang sedang gigih mencipta nama di bumi Amerika Syarikat ini. Yuna dan pemuzik beliau di’rompak di sana baru baru ini.

Beberapa jam yang lalu, Yuna berkongsi screenshot perbualan beliau bersama ibu’nya tentang kisah rompakan yang berlaku selepas habis jelajah beliau di Seattle, Amerika Syarikat.

Menurut Yuna, semua peralatan muzik yang mereka gunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van yang di’gunakan mereka & bernasib baik kerana tidak berada di tempat kejadian.

Tidak pula di’nyatakan jumlah kerugian yang  di’alami tetapi untuk pemuzik professional seperti Yuna, pasti peralatan muzik yang lesap bukan alang alang murah harganya.