fbpx

Yuna Di Dewan Filharmonik Petronas, Harap Cinta Bersama Qi Kekal

Entah di’mana tidak kena, konsert Yuna akan datang ini bagai kurang publisiti.

Adakah kerana ia’nya diadakan di tempat berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas, maka khalayak ramai di’abaikan dari publisiti.

Bagi kami, jika seseorang artis itu berjaya menempatkan persembahan & bakat mereka bersama Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), itu pencapaian besar.

12 September ini bakat Yuna akan berkumandang di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC dan beliau kini berada di’Malaysia sebagai persiapan setelah lama berada di USA.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Yuna yang tinggal di USA sejak awal tahun mengakui agak sukar menjalankan hubungan cinta jarak jauh bersama kekasih hati, Qi.

Namun teknologi banyak merapatkan jurang fizikal antara mereka berdua & Yuna masih menggunakan terma sahabat apabila bercakap tentang Qi.

“Buat sementara ini kami lebih senang bersahabat. Lagipun kami mahu beri masa kepada diri untuk membina kerjaya. Kalau sudah sampai masa, tahun depan kami bernikah saya akan terima dengan hati terbuka”