fbpx

Yuna: Bertudung Di Amerika Pilihan Saya

Bukan mudah untuk mengharungi dugaan ketika berada di negara orang lebih-lebih lagi apabila terdapat pemimpin negara tersebut yang dilihat tidak putus-putus memberi gambaran negatif terhadap Islam. Bagaimanapun bagi Yuna, dia tetap memilih untuk bertudung di Amerika Syarikat walaupun ada individu di sana yang mahukan dirinya tidak berhijab.

BACA: Reaksi Yuna Apabila Peminat Suruh Cakap Bahasa Melayu

“Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia. Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri”

“Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas,” jelas Yuna kepada majalah hiburan Billboard edisi 30 April, dipetik dari Astro Awani.

Sementara itu, Yuna juga menjelaskan bahawa dia kurang senang dengan apa yang diperjuangkan oleh Donald Trump kerana individu tersebut memperjuangkan kebencian dan keganasan.

“Saya tidak faham bagaimana seseorang seperti dia masih boleh diterima dalam sebuah negara maju dan moden,” ujar Yuna yang juga yakin bahawa muzik mampu untuk mendidik dan melembutkan hati manusia untuk berdamai. (rtky/s)