fbpx

Yuna Akui Masih Solo, Serah Jodoh Kepada Tuhan

Beberapa bulan yang lalu, peminat dunia hiburan berminat untuk tahu sama ada hubungan cinta antara Yuna dan jejaka Amerika Syarikat bernama Julian Schratter masih berlangsung atau sudah berakhir selepas kedua dua mereka dilihat seakan sudah membawa haluan masing masing.

Bercakap kepada media di sidang media program khas beliau untuk saluran E! News, Yuna akui yang hubungan dengan jejaka itu sudah pun berakhir dan dirinya kini kembali solo.

“Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja. Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya”

“Tambahan, saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia. Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai,” ujarnya seperti dilaporkan portal Murai.

Bakal muncul dalam program khas E! News pada 25 November ini, Yuna turut memberitahu beliau akan akan ke Makkah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada 14 Disember depan sebelum pulang ke Los Angeles. (rtky/m)