fbpx

YUI Bukan Klon Avril Lavigne. Artis Jpop Yang Ada Style!

Photobucket

Muak dengar lagu nyanyian artis Malaysia? hari ini kami nak perkenalkan korang dengan seorang artis Jepun iaitu Yui (YUI).

Ketika pertama kali kami dengar lagunya kami sendiri dah jatuh cinta. Kami bukan sahaja tertarik dengan bakatnya tapi juga pada penampilannya. Tidak perlu fancy dengan pakaian yang ntah apa-apa seperti kebanyakan artis Jepun dan Korea yang lain, cukup setakat jeans dan tshirt. Her skills are good enough!

Sedikit latar belakang YUI yang sempat kami cari thanks jpopasia.com:

YUI dilahirkan pada 26 Mac 1987 di Fukuoka, Jepun ialah seorang penyanyi kelahiran Jepun, penulis lagu, berbakat dalam memainkan pelbagai jenis alat muzik dan juga seorang pelakon. Lebih tepat lagi YUI ialah seorang artis J-pop!.

Beliau menyanyi, bermain gitar akustik dan menulis sendiri lagu-lagunya. Dua daripada lagunya, ‘LIFE’ dan ‘Rolling Star’ telah digunakan dalam animasi Bleach. Jika korang peminat Bleach, korang mungkin pernah dengar lagu-lagu tersebut. Satu lagi lagu beliau yang bertajuk ‘Again’ juga diguna dalam animasi Fullmetal Alchemist. Setakat ini album beliau Can’t Buy My Love telah berjaya dijual lebih 680,000 keping.

YUI juga pernah membintangi satu filem pada 17 Jun 2006 yang bertajuk Midnight Sun dimana filem tersebut ditayangkan di ‘2006 Cannes Film Festival’.

Antara anugerah yang pernah dimenangi YUI ialah, 30th Japan Academy Prize: Rookie of Year (2007), MTV Student Voice Award 2008: Best Artist (2008) dan Space Shower Music Video Awards 08 : Best Pop Video (2008).