fbpx

Youtube: Jim Carrey Rakam Video Cinta Untuk Emma Stone. Not Funny.

Mungkin anda akan kata ini video cinta gurauan antara mereka berdua.

Mungkin juga anda kata ini percubaan viral marketing untuk fiem mereka akan datang. Tidak. Mereka tiada perancangan untuk bekerjasama.

Jim Carrey baru sahaja memuat naik sebuah video dengan mesej yang beliau sudah jatuh hati dengan bintang muda & pelakon berbakat, Emma Stone.

Jika anda tonton Zombieland, wajah Emma Stone ini pasti familiar & terkini beliau tampil dengan sebuah filem ringan berjudul Easy A.

Ini bukan kali pertama Jim Carrey melakukan sesuatu di’luar normal. Tahun lepas ketika kes penceraian Tiger-Elin Woods, Jim Carrey secara terbuka melalui Twitter mengutuk bekas isteri Tiger Woods.

Dalam video di’bawah, Jim Carrey mengatakan jika beliau masih muda (he’s 49) beliau akan mengahwini Emma Stone tanpa ragu dan membayangkan mempunyai anak bersama gadis tersebut. Creepy? 

http://www.youtube.com/watch?v=S9lPEP2mGWw