fbpx

Yoodo Hadir Dengan Satu Satunya Pelan Ubahsuai Sendiri Untuk Telefon Anda

Jika anda bosan dengan pelan data, panggilan atau SMS dengan perkhidmatan sedia ada, mungkin sampai masa untuk anda reka sendiri pelan yang terbaik mengikut pilihan anda. Lebih-lebih lagi pelan tu boleh diubahsuai pada bila-bila masa sahaja, terpulang kepada keperluan sendiri. Kenapa perlu terikat dengan satu pelan sepanjang masa — lebih teruk jika pelan anda diikat dengan kontrak? Eww.

Yoodo yang baru-baru ini, dilancarkan sebagai perkhidmatan telefon mudah alih digital pertama yang boleh diubah suai sepenuhnya. Anda diberikan kebebasan untuk mencipta dan mengubah pelan mudah alih sendiri dengan memilih jumlah minit panggilan, SMS dan data mengikut kesesuaian gaya hidup anda setiap bulan. Lebih menarik lagi, anda boleh mengubahsuai sehingga 1,000 kombinasi pelan yang unik – tanpa gimik, tanpa caj tersembunyi atau komitmen.

Bagaimana untuk dapatkan kad SIM secara PERCUMA?

Buat pertama kalinya, anda boleh pesan kad SIM menerusi aplikasi khas Yoodo. Untuk pesan, muat turun sahaja aplikasi Yoodo di Google Store atau iOS App Store — atau klik sahaja pautan untuk muat turun di sini.

Buka aplikasi Yoodo dan anda boleh pesan kad SIM baru Yoodo secara percuma. Selepas itu, nikmatilah kehebatan pengubahsuaian anda – pilih seberapa banyak kuota data internet, panggilan dan SMS mengikut kehendak anda.

Sebagai contoh, anda boleh memilih dan menentukan data sebanyak 5GB dengan harga RM30 sebulan, 10GB untuk RM50/bulan atau 20GB untuk RM70/bulan. Anda boleh pilih kuota data sehingga 100GB untuk RM150 sebulan.

Ada juga perkhidmatan tambahan (add-ons) seperti 5GB untuk Facebook atau Instagram pada RM10/bulan dan 10GB untuk YouTube pada RM20/bulan.

Selepas itu, anda boleh pilih sama ada dapatkan nombor telefon yang baru ataupun kekalkan nombor telefon anda yang sedia pakai. Anda juga perlu mencipta satu akaun baru bersama Yoodo untuk memudahkan pengaktifan kad SIM anda kelak.

Taipkan alamat penghantaran kad SIM anda dan pastikan semua maklumat adalah betul sebelum mengesahkan pesanan anda. Kad SIM akan tiba di depan pintu rumah atau pejabat dalam masa 1 – 3 hari sahaja. Hahhhh, kalau nak ekspres, boleh pilih Penghantaran Segera dan menerima kad SIM anda dalam masa 2 jam dengan caj dikenakan RM15. Servis ini hanya terhad di kawasan Lembah Klang sahaja.

Semuanya dilakukan secara 100% dalam talian. Tidak perlu lagi untuk berkunjung ke kedai dan beratur panjang sambil melayan perbualan susah difahami di kalangan orang awam. Hanya muat turun aplikasi Yoodo dan tunggu kad SIM anda tiba di rumah. Senang gila!

Sudah terima kad SIM Yoodo anda? Mari kami cerita bagaimana untuk aktifkan kad SIM anda dan mula gunakan perkhidmatan Yoodo. Lagi mudah dari buat teh ais, kami janji.

Lebih menarik, sebagai orang Malaysia anda boleh menerima rebat untuk GST yang anda bayar. Ianya akan dikembalikan kepada anda menerusi pembayaran kad kredit / debit yang anda lakukan. Lebih jimat, lebih murah!