fbpx

Yonnyboii Sedih Tengok Isteri Dikecam Sebab Buka Tudung

Pada Mac lalu, hangat diperkatakan mengenai isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman sudah tidak memakai tudung.

Menurut Yonny, isterinya memang tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya.

BACA: Tampil Freehair Di AJL36, Isteri Yonnyboii Dikecam Teruk

Meskipun sudah sebulan berlalu Yonnyboii mengakui sedih apabila isterinya dikecam selepas membuat keputusan untuk tidak berhijab. Namun, Yonny yakin isterinya kuat untuk menghadapi perkara itu.

“Bagi saya benda tu normal dan kita tak boleh nak hentikan orang daripada bercakap. Sedih memang sedih sebab saya tengok isteri saya sedih. Saya hanya yakinkan dia untuk kuat hadap benda ni. Kami terima sahaja,” katanya.

Yonny berkata keputusan itu dibuat atas pilihan isterinya dan berharap orang ramai menerima penampilannya itu yang hanya mahu menjadi diri sendiri.

“Tolonglah baik-baik sikit. Bagi saya isteri saya tak buat salah apa pun, cuma pilih jadi diri sendiri. Nak mengubah diri tu memang susah, tapi perlahan-lahan,” katanya.

Yonny dan Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.