fbpx

Tampil Freehair Di AJL36, Isteri Yonnyboii Dikecam Teruk

Baru sahaja tiga bulan mendirikan rumah tangga, hangat diperkatakan mengenai isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman sudah tidak memakai tudung.

Menurut Yonny, isterinya memang tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya.

BACA: Isteri Yonnyboii Dah Tak Bertudung

Semalam, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Nik Nazira dilihat muncul freehair dan memberikan kata-kata semangat buat suaminya.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di Instagram TV3Malaysia itu mengundang rasa kurang senang daripada netizen yang mengecamnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Rata-rata netizen turut terkejut dengan warna rambut isteri pernyanyi rap itu yang diwarnakan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Nazira seolah mempermainkan agama.

Meskipun ramai yang mengecam namun ada segelintir netizen mendoakan agar Nazira dibukakan hati untuk kembali berhijab semula.

Yonny dan Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.