fbpx

Yatt Hamzah Teringin Berniqab, Sampai Menangis Beritahu Suami

Hangat diperkatakan seorang selebriti popular sudah berniqab, pelakon Yatt Hamzah memberitahu dia juga mempunyai niat yang sama untuk melakukan penghijrahan seperti itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Yatt berkata dia pernah menangis ketika menyuarakan hasrat itu kepada suaminya, Zulfadhli Khiruddin namun masih belum kuat untuk berbuat demikian.

BACA: Hanya Sempat Hamil Beberapa Hari, Yatt Hamzah Redha Keguguran

“Pernah post gambar ini Jumaat beberapa minggu lalu kalau perasan. Sebelum keguguran dulu. Masa ni tak tahu sedang hamil. Emosi memang tak stabil, patutlah begitu, rupanya sedang hamil.

“Masa ni memang teringin sangat nak berniqab atau at least berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh-sungguh teringin. Wallahi teringin sampai menangis beritahu suami,” tulisnya.

Turut memuat naik gambarnya berniqab, Yatt meluahkan rasa teruja apabila melihat rakan sekeliling kini sudah berubah ke arah yang lebih baik. Malah, Yatt turut meminta orang ramai mendoakan dirinya diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik.

“Lihat sahabat-sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja.MashaaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

“Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang struggle untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan (Mujahadah) ini. Mohon sokongan dan doa semua,” tulisnya lagi.