fbpx

Hanya Sempat Hamil Beberapa Hari, Yatt Hamzah Redha Keguguran

Hasrat untuk menimang cahaya mata kelima tidak kesampaian apabila pelakon Yatt Hamzah berkongsikan berita sedih apabila dia mengalami keguguran selepas keracunan makanan minggu lalu.

Menzahirkan perasaan sedih itu di ruangan Instagram, Yatt redha dengan nasib dan takdir yang menimpa dirinya. Ujarnya, meskipun hanya sempat hamil untuk beberapa hari sahaja, dia percaya dengan segala aturan Allah.

BACA: Yatt Hamzah Keguguran Selepas Alami Keracunan Makanan

Menerusi perkongsian itu, Yatt turut memuat naik video saat-saat ketika janin anaknya itu ditanam. Lebih menyentuh hati, Yatt turut menitipkan kata-kata buat anaknya yang diberi nama Muhammad untuk menunggu mereka di pintu Syurga kelak.

View this post on Instagram

Tunggu Bonda, Abah dan Kakak2 di pintu Syurga ya Anak. Bonda namakan Anakanda Bonda ini Muhammad Abdullah kerana Dia tetap anugerah Allah utk Bondanya. Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda Redha dgn taqdirNYA, mudah2an ada hikmah yg tak ternilai. . InsyaaAllah ada janjiNYA yg baik2 utk ibu yg REDHA atas taqdirNYA walaupun hanya sempat mengandungkan beberapa hari sahaja. Wallahu a'lam. . AL – FATIHAH..? . MUHAMMAD ABDULLAH 15 SEPTEMBER 2020 3.30 PM . @zulfadhli_khiruddin #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #THESUCIS #AllahyarhamMuhammadAbdullah #ALFATIHAH #miscarriage #miscarriagesupport

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

“Ya Allah aku redha namun aku tak boleh lupakan dia. Anakanda Bonda Muhammad. Tunggu Bonda, Abah dan Kakak2 di pintu Syurga ya Anak.

“Bonda namakan Anakanda Bonda ini Muhammad Abdullah kerana Dia tetap anugerah Allah untuk Bondanya. Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda Redha dengan taqdirNYA, mudah-mudahanan ada hikmah yang tak ternilai,” tulisnya.

Yatt berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khiruddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan. Yatt juga turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, hasil perkahwinannya terdahulu.