Yatt Hamzah Keguguran Selepas Alami Keracunan Makanan
Hasrat untuk menimang cahaya mata kelima tidak kesampaian apabila pelakon Yatt Hamzah berkongsikan berita sedih apabila dia mengalami keguguran selepas keracunan makanan petang semalam.
Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Yatt berkata pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Melaka pada malam Isnin lalu.
BACA: Bayi Yatt Hamzah Berusia 50 Hari Terlepas Jatuh Ke Lantai
“Wahai anak Bonda yang kelima, tiada rezeki Bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti. Allah lebih Menyayangimu, Allah lebih Mengetahui..
“Sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di Restoran Ikan Bakar pada malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan sahaja. Rupanya ada kamu nak pergi tinggalkan Bonda,” tulisnya.
Dalam pada itu, Yatt berkata dia akui panik kerana ia merupakan pengalaman pertamanya mengalami keguguran serta meminta orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih.
“Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kuat. Semoga Bonda segera sembuh. Doakan ya,” tulisnya.
Yatt berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khiruddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan. Yatt juga turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, hasil perkahwinannya terdahulu.
cukup la tu, anak dah ramai
Bukan baru hari tu branak ke?
Ni pregnant lagi? (Yelah dah keguguran)
nak cari anak lelaki nanti laki muda cari perempuan lain mcm retis yg lain sanggup kawin laki org.
laporlah kesihatan awam tempat makan itu. penyisatan boleh dibuat, mana tau kena thypoid, kencing tikus,kolera dsbnya supaya org lain tudak kena pula
Senora sihat selalu.. Laki yatt hensem.. Moga bahagia selalu
Bukan anak paling kecik yang terjatuh lantai bulan 2 haritu baru umur 9 bulan? Bawak bawak la merancang kak oi.