fbpx

Bayi Yatt Hamzah Berusia 50 Hari Terlepas Jatuh Ke Lantai

Pelakon Yatt Hamzah berdepan detik cemas apabila bayinya berusia 50 hari terlepas jatuh ke lantai dari dukungan anak sulungnya. Menurut Yatt, anak keempatnya itu dalam keadaan stabil namun masih perlukan pemantauan.

“Dia ada bengkak sedikit di kepala tetapi tidak boleh x-ray sebab masih terlalu kecil. Ubat pun tak boleh bagi. Doktor kata macam stabil setakat ini. Bagaimanapun, masih perlukan pemantauan dalam tempoh 24 jam.

“Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Yatt berkata ketika insiden itu berlaku, dia sedang menguruskan anak ketiganya dan bayinya itu bersama kakak-kakaknya yang lain. Ujarnya, apabila bayinya menangis, anak sulungnya mendukungnya namun terlepas dan jatuh.

“Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu.

“Apabila Hawa nangis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh,” katanya.

Dalam pada itu menerusi Instagram, Yatt meminta peminatnya mendoakan agar keadaan anak kecilnya itu baik-baik sahaja.