fbpx

“Yasin Perlukan Rawatan Kesihatan Mental Bukan Hukuman…”

Memuat naik perkongsikan memberikan pendapat mengenai kes Yasin Sulaiman, pelakon Wardina Safiyyah berharap hukuman terhadap penyanyi nasyid itu diringankan.

Menerusi entri itu, Wardina berkata adalah lebih baik jika penyanyi nasyid itu diberikan rawatan dan pemulihan. Malah, Wardina berkata Yasin tidak layak dipenjara atau dijatuhkan hukuman gantung.

BACA: Yasin Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

“Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati. Yasin tak layak dipenjara seumur hidup mahupun hukuman gantung sampai mati hanya untuk pasu tumbuhan.

“Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan.

“Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian,” tulisnya.

Dalam pada itu, Wardina turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi itu dibebaskan.

Terdahulu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya 24 Mac lalu.