Yasin Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati
Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya 24 Mac lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Yassin yang didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
BACA: Penyanyi Nasyid Ditahan Tanam 17 Pokok Ganja Di Rumah
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, Yasin mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen. Tertuduh didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di tempat, waktu dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.
Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.
- SUMBER
- Harian Metro
Aritu DJ Isma Halil ni Yassin, dah ada cnth dulu Benji tp org2 mcm ni semua bkn guna akal pun. Yg mrk fikir nk lps gian masing2 je. Bila dah kantoi baru nk menyesal.
Aritu DJ Isma Halil ni Yasin dulu Benji nape diorg x mauk amik iktibar????
Pengaruh
Dadah ni xde sudahnya. Sekali dah terjebak mmg susah nk keluar. Bukan laa x boleh pulih, ramai je org yg aku kenal masa muda2 hardcore hisap ganja dah pulih pun. Cuma terpulang pd kekuatan dalaman masing2. Mcm solat jugak, masa pemalas nk solat dulu mmg rasa susah sngt nk solat ni 5x sehari tu. Tp bila dah biasa buat, sibuk laa mcm mana pun mesti kita tetap nk solat jugak sbb rasa mcm x kena kalau suka2 nk ponteng solat.
Tanam pokok hiasan ?
Tanam pokok ganja ?
Tanam pokok hiasan ?
Tanam pokok ganja ?
Kesianyer la hai…Yassin ni baru teringat, dulu muda2 alim handsome…kesian. Atau kdg2 ada org buat medicinal ubat…hmmm
tlong buat lagu wassini sequel.. moga dpermudahkn urusan yasin
takut
Yg tanam or proses x kan sangkut dihukum gtung punya…melainkan dpt bukti urusan jual beli aka pengedar..ni konpom gntung mati
jgn takut terlepas juga nanti mcm laki retis itu