“Yang Suruh Batalkan Konsert, Orang Yang Tak Beli Tiket” – Tok Ram
Maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS berkata penelitian terperinci perlu dilakukan jika ingin membatalkan konsert Coldplay yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.
Memetik Kosmo, Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkatabanyak perkara perlu dinilai semula jika konsert berkenaan mahu dibatalkan.
BACA: Tak Beri Manfaat Kepada Ummah, PU Syed Bantah Konsert Coldplay
“Bagi membatalkan konsert tersebut, beberapa elemen perlu dilihat dari pelbagai sudut sebab akan ada banyak perkara yang terlibat.
“Sekarang ini bercakap untuk batalkan konsert ialah mereka melihat dari isu yang mana? Agama, tingkah laku, perniagaan, ekonomi atau sebagainya? Ada banyak.
“Saya tak mahu jawab isu ini kerana banyak elemen yang terlibat dan perlu diteliti. Semua elemen itu ada ‘plus minus’ (kebaikan dan keburukan),” katanya.
Sementara itu, Tok Ram berpendapat individu yang menggesa konsert itu dibatalkan adalah golongan yang yang tidak membeli tiket.
“Kalau cakap tentang ekonomi, perlu selidik dari aspek penjualan tiket, tempah hotel dan beli tiket kapal terbang, semua itu melibatkan duit.Sebenarnya yang suruh batalkan konsert ialah orang yang tak beli tiket.
“Isu pembelian tiket pula melibatkan banyak perkara seperti penaja, penyanyi, stadium dan banyak lagi, semuanya berkait rapat,” katanya.
Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah turut menasihatkan agar konsert Coldplay tidak diteruskan kerana disifat melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat.
- SUMBER
- Kosmo
Ira ada konsert bulan December ni. Harga ticket murah aje. Tak sampai seratus ringgit. Yg dekat boleh pegang punggung Ira masa gelek tapi kena selitkan $$$.
Ira ada konsert bulan December ni. Harga ticket murah aje. Tak sampai seratus ringgit. Yg dekat boleh pegang punggung Ira masa gelek tapi kena selitkan $$$.
Aku kalau konset Coldplay memang aku setuju dibatalkan tp kalu Hardplay aku nak gi tengok.
Mcam sakai jer komen Ira Kemutan- sekor Jantan saiko yg Peli*q Lembik.
Kesian,hidup dlam kelucahan dn kemaksiatan.ajaran mak bapak yg suka tgok video lucah.semoga insaf ye setann.