Tak Beri Manfaat Kepada Ummah, PU Syed Bantah Konsert Coldplay
Umum mengetahui, kumpulan rock popular Britain, Coldplay akan mengadakan konsert pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Nampaknya, konsert tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang membantah penganjuran konsert tersebut.
BACA: “Ramai Artis Jadi Suami Dayus, Isteri Nusyuz” – PU Syed
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed berkata konsert tersebut tidak bermanfaat kepada ummah dan budaya hedonisme atau hiburan dalam masyarakat perlu dihentikan.
Perkongsian PU Syed itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang menyokong pendapatnya itu.
Malah, ada yang membandingkan dengan isu yang hangat diperkatakan mengenai kesukaran golongan pendakwah yang tidak dibenarkan memberi ceramah atas alasan tiada tauliah.
Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan bantahan berkenaan kerana negara kita terdiri daripada berbilang kaum yang bebas untuk berhibur dan mahu melihat konsert berkenaan.
PU ni semua pasal artis dia ambik tau. Kalau orang tak suka benda benda like this dia tak ambik tau.
Daripada sibuk hal konsert baik bagi nasihat n komen macam mana nak tolong golongan miskin, ibu tunggal, yang takde rumah, kerja, kos sara hidup. Kalau u rasa orang islam tak boleh pergi konser bagi nasihat kat orang islam je bukan general. Masih ada bangsa lain yang dalam agama mereka tengok konsert tak haram. Keep your advise where its usefull. Ustad takde kerja cari kerja.
Lebai macam ni dah tak relevant lagi di Malaysia.
PU Syed betul ker dia berilmu…kalau ya pun tak suka artis oversea ni datang sini pun tak payah la kecoh sgt…actually byk lagi org perlu kan didikan or ajaran kamu daripada menyibuk pasal artis luar negara dtg Malaysia…di dunia ni bukan kamu jer yg nak hidup lain manusia lain cara nak berhappy ….saya tak paham PU Syed free sgt sibuk hal orang sepatutnya PU PU mcm ni tak payah la tgk berita hiburan or any rancangan yg blh menggangu minda dia , dia sepatutnya disurau,dimasjid atau ditempat dia diperlukan….oh ya nak sangat berdakwa better ajar sikit la kat org mcm Dai’ Syed ….rasa dia perlu kan kamu utk mendalami agama ..sekian
Betul tu! Hanya konsert Siti Nurhaliza dan Aina Abdul dan penari2 mereka sahaja yang boleh membina ummah!
Boleh tak PUnie ajar ummah jangan buang merata2 tanpa sumbangan Coldplay, our sungai sangat dipenuhi sampah… Kata negara islam menjalani islamic way tapi sungai kotor, kesian kepada kehidupan di dlam sungai, Tuhan juga yang mencipta mereka. Malaysia menjadi destinasi pertama untuk pembersihan sungai, tajaan Coldplay..
Jika ikut saya belajar di sekolah dahulu, ustazah saya kata, betul ni merupakan perkara2 yang tidak berfaedah, perkara2 yang lagha, dan hukum nya adalah makruh, tidak berdosa, akan tetapi, ia akan jatuh haram dan berdosa jika perkara2 sebegini membuat kita lalai seperti bila masuk waktu, kita lalai bermain atau menonton sehingga lalai tidak mengerjakan solat dan seumpamanya. Maka, ia jatuh haram dan berdosa. Bagi saya, pu ini terlampau keras dalam semua perkara dan suka mengharamkan segala galanya.
Betul ni merupakan perkara2 yang tidak berfaedah, perkara2 yang lagha, dan hukum nya adalah makruh, tidak berdosa, akan tetapi, ia akan jatuh haram dan berdosa jika perkara2 sebegini membuat kita lalai seperti bila masuk waktu, kita lalai bermain atau menonton sehingga lalai tidak mengerjakan solat dan seumpamanya. Maka, ia jatuh haram dan berdosa. Ia terpulang kepada keimanan diri masing2. Bagi saya, pu ini terlampau keras dalam semua perkara dan suka mengharamkan segala galanya.
coldplay sponsor watercraft yg tolong bersihkan sungai klang. malaysia negara pertama yg dia sponsor. dari pu ni bising2 kecam pasal konsert baik doakan yg baik2 supaya dorang terbuka pintu hati masuk islam. orang kafir lagi banyak buat donation, charity untuk dunia ni. asal hiburan tau nak kecam je sudut positif tak nampak pun. music dia more to positive vibe. vip ticket dapat sustainable gift lagi sebab band dorang memang environment friendly. tema konsert dia jugak sustainability & eco friendly. tak guna solat tapi hati hitam & penuh syak wasangka. we can learn 1 or 2 things from other people too. islam agama yg mudah & indah.