fbpx

“Yang Sendu Tu Anda, Pakai Baju Ropol Keliling Dunia”

Baru-baru ini, kenyataan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengenai tujuan program Gegar Vaganza itu diadakan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’, mengundang kemarahan di kalangan artis dan penggiat industri muzik Malaysia.

Kenyataan Vida yang kedengaran seperti kasar itu membuatkan segelintir artis terasa hati, antaranya penyanyi Noraniza Idris yang meluahkan rasa kecewa apabila melabelkan rakan-rakannya seperti terdesak untuk menyertai program tersebut.

BACA: Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot Datuk Seri Vida

Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon Diana Danielle yang meluahkan rasa bengang dengan kenyataan Vida itu. Menurut Diana, istilah ‘sendu’ itu sepatutnya ditujukan kepada Vida sendiri yang mahu mencuba semua bidang semata-mata untuk menjual produk keluarannya.

Kata Diana lagi, tanpa program-program hiburan tersebut Vida mungkin tiada peluang untuk menaja bagi mempromosikan produknya sendiri.

Terdahulu, Vida mempertahankan kenyataannya melabelkan artis yang sudah lama menghilang adalah ‘sendu’. Vida juga turut meminta, artis yang terasa dengan kenyataannya itu agar terus bangkit dan menjadikan diri supaya tidak lagi ‘sendu’.