Baru-baru ini pelakon kecil manis Ruhainies ada memuat naik foto aksi mesra dengan pelakon Zul Ariffin, timbul spekulasi dikalangan netizen yang tertanya-tanya adakah mereka sedang hangat bercinta.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Malah, ada yang kurang senang dengan foto berkenaan. Tidak ambik kisah dengan persepsi yang dilemparkan, Ruhainies mengakui dia selesa bergandingan dengan pelakon berbadan sasa itu dan tidak sangka Zul seorang yang kelakar.
BACA: Sambut Hari Jadi 15 Kali, Ruhainies Janji Ini Sambutan Terakhir Tahun 2020
“Saya tak kisah orang nak kata cinta lokasi atau apa. Bagi saya ia adalah perkara biasa. Mana-mana penggambaran pun, orang akan buat spekulasi sama malah peminat mengharapkan hero dan heroin bersatu secara realiti.
“Saya okay saja dengan persepsi mereka. Apa yang penting saya sudah buat kerja. Diakui, berlakon dengan Zul sangat mudah. Sebelum ini saya dengar Zul seorang yang garang dan macam-macam lagi.
“Tapi, apabila mula berlakon sama, dia sebaliknya. Dia jenis ‘happy go lucky’, kelakar dan kami sekepala. Memang seronok dapat berlakon bersama. Suka berkawan dengan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies berkata di beri peluang untuk bekerjasama dengan pelakon, pengarah dan pasukan yang bagus adalah satu rezeki dalam bekerja.
“Bukan saja pelakon yang ‘best’, tapi pengarah dan kru juga ‘best’. Bagi saya ini satu rezeki dalam bekerja. Tak sedar kami dah nak habis ‘shooting’,” katanya.