fbpx

Selepas sebulan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28, pelakon Ruhainies akhirnya mengatakan sambutan yang diraikannya semalam buat kali ke-15 merupakan yang terakhir untuk tahun ini.

Menerusi di Instagram, Ruhainies berkata dia enggan lagi membazir selepas 15 kali memotong kek dan meraikan hari kelahirannya bersama orang-orang tersayang dan juga sahabat-handai yang sangat menghargainya.

BACA: Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies

https://www.instagram.com/p/CEes6DSDI0B/?utm_source=ig_embed

Tampil ringkas dengan memakai T-shirt dan jeans sahaja, Ruhainies berkata dia tidak mengetahui tentang kejutan hari jadinya itu. Ruhainies turut meluahkan rasa syukur di atas segala rezeki yang diberikan.

https://www.instagram.com/p/CEeteerDQkr/?utm_source=ig_embed

Bagaimanapun di ruangan komen, ada yang mempersoalkan tindakan Ruhainies menyambut ulang tahunnya sebanyak 15 kali dalam sebulan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tindakan pelakon itu seolah mahu menunjuk-nunjuk.

Malah, ada yang meninggalkan komen gurauan dimana mereka mengatakan Ruhainies sambut hari jadi sebulan seperti bulan puasa.