Pelakon Zila Bakarin terkilan apabila ada yang memfitnah serta menuduhnya melakukan perkara syirik.
Menerusi perkongsian di Threads, Zila berkata meskipun dia pernah dihina dan dibenci namun dia memilih untuk memaafkan.
BACA: “Dari Awal Tak Tahu Hadiah Apa” – Zila Bakarin Terkilan Tiada Hadiah Wang Tunai
“Aku ni apa orang tak hina, tak mengata, orang benci, kena palau, macam-macamlah dan aku belajar memaafkan dengan berdiam diri, bawa diri dan reda. Ada aku kisah? Yang penting Allah tahu aku orang baik..(ceh ceh..),” katanya.
Namun, apabila difitnah melakukan perkara syirik dia tidak boleh menerima serta menyerahkan kepada Allah meskipun dia marah dengan tuduhan berkenaan.
“Tapi bila orang fitnah dan sebar cerita aku buat benda syirik. Allahuakbar aku tak boleh terima, sedih sebak marah tapi aku pilih untuk diam dan sabar.
“Pilihan di tangan kita. Aku serahkan seluruhnya pada Allah. Korang pun kena banyak sabar sebab kita semua orang baik,” tulisnya.