Pelakon Zila Bakarin tidak menafikan rasa terkilan apabila mendapat tahu tiada hadiah wang tunai buat peserta yang menyertai sebuah program realiti nyanyian.

Memetik Oh Bulan, Zila berkata musim sebelum ini menawarkan hadiah berpuluh ribu ringgit dan mengakui terkejut kerana tidak tahu hadiah apa yang akan diberikan.

BACA: Zila Bakarin Kongsi Detik Hijrah, Kepala Seperti Disiram Air Sejuk Lepas Pakai Selendang

“Saya tak kisah pun nombor berapa, bukan dapat duit pun. Saya sangat terkejut sebab saya dari awal tak tahu hadiah dia apa.  Musim sebelum ini boleh menang sampai berpuluh ribu, tapi kali ini tiada apa. Memang kita masuk ini dikira amal jariah tapi jangan lah begitu,” katanya.

Sementara itu, Zila berkata dia tidak menjalani penggambaran kerana memberikan komitmen pada program berkenaan dan banyak perkara yang dia korbankan.

“Kalau nak cerita pasal charity, kami peserta yang perlukan. Berapa lama saya tak shooting sepanjang dalam program ini. Saya struggle, penat, dan banyak sangat perkara yang kita korbankan. Kalau awak di tempat saya, awak rasa berbaloi tak?” katanya.

Dalam pada itu, Zila berkata jika program berkenaan berkonsepkan ‘charity’ tidak perlu ada kedudukan di kalangan peserta, namun dia lakukan kerana Allah.

“Bukan saya tak bersyukur dengan jalan yang diberikan tapi kalau betul program charity tak perlu ada kedudukan nombor untuk kami para perserta. Setiap minggu saya buat kerana Allah, keluarga dan peminat. Saya pun tak sangka saya boleh buat sampai dapat tempat ketiga,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×