Sebelum ini Datuk Aliff Syukri ada berkongsi tragedi malang orang gajinya mencuri Live di Facebook. Tetapi kerana tidak sampai hati, Aliff tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. Siapa sangka peluang yang diberikan tidak digunakan malah orang gajinya melarikan diri pula.

BACA: Aliff Syukri Berang Pembantu Rumah Curi Barang

“Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki, suami salah seorang daripada mereka turut berkerjasama mencuri wang, jam dan cincin saya bernilai RM100k, saya tidak lagi percaya pada bibik yang gaya bak malaikat”

“Saya tekad melaporkan perkara ini pada polis walapun saya tidak sampai hati. Saya menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya. Telefon saya yang lama juga hilang,” tulisnya di akaun Facebook.

Menerusi akaun Facebook juga, Aliff turut menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang menyalurkan maklumat mengenai empat orang gajinya supaya dapat ditangkap. Jadi tunggu apa lagi, mana tau mungkin rezeki anda, sambil menolong boleh dapat ganjaran sekali.

Terdahulu Aliff ada berkongsi kejadian mencuri di rumahnya menerusi Facebook, teruk juga orang gajinya dimarahi Aliff. Bagaimanapun video itu menerima pelbagai kecaman kerana merasakan tidak wajar jutawan kosmetik itu memalukan orang gajinya sebegitu. (rtky/w)