fbpx

Perkongsian anak tiri kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin dikenali sebagai Alia Rushdi menjadi perhatian apabila meluahkan perasaannya di TikTok.

Menerusi perkongsiannya itu, Alia memuat naik gambar bahagia kedua ibu bapanya serta mengatakan meskipun sudah berpuluh tahun kahwin tidak menayang kepada umum.

BACA: Nora Ariffin Dakwa Digelar Sund*l Oleh Keluarga Suami, Anak Tiri Bersuara

“Yang dah kahwin berpuluh tahun ni yang senyap, tak ada tayang menayang, hidup bersederhana,” tulisnya.

Sementara itu, Alia turut menulis kapsyen berharap agar tiada individu lain hanya ibu dan bapanya sahaja.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan Datuk Nora mendakwa digelar ‘sundal’ oleh keluarga suaminya bagaimanapun, anak tirinya menafikan dakwaan berkenaan.

Malah, anak tiritnya itu turut mendakwa penyanyi tersebut sudah banyak kali memburukkan keluarganya namun mereka mendiakan diri.

Dalam pada itu, individu itu mendakwa mempunyai bukti seperti rakaman yang disimpan dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan rakaman maki hamun kepada pihak media.