fbpx

Perkongsian seorang individu dipercayai anak tiri kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin menjadi perhatian ramai di aplikasi X.

Menerusi hantaran tersebut, individu itu menafikan dakwaan  kononnya dia menggelar penyanyi itu dengan kata-kata yang tidak baik.

BACA: Nora Ariffin Tahu Siapa Beri Arahan Bekas Suami Lafaz Cerai

Individu itu turtu memuat naik semula kenyataan Nora yang mendakwa digelar ‘sundal’ oleh keluarga suaminya serta terima dengan hati yang tabah dengan ujian berkenaan.

Bagaimanapun, individu menegaskan mereka tidak pernah memanggil Nora dengan geleran sedemikian serta tertanya-tanya bila kejadian itu berlaku.

Sementara itu, individu tersebut mendakwa penyanyi tersebut sudah banyak kali memburukkan keluarganya namun mereka mendiakan diri.

Dalam pada itu, individu itu mendakwa mempunyai bukti seperti rakaman yang disimpan dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan rakaman maki hamun kepada pihak media.

SUMBER: X, Oh Bulan