fbpx

“Yang Jahat Tu Bainun, Bukan Saiz Badan Dia”

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai kes anak istimewa Sindrom Down iaitu adik Bella serta pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.

Melihatkan di ruangan komen mengenai berita tersebut, ada segelintir netizen seolah mempermainkan saiz fizikal Siti Bainun. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Ika Nabella yang tidak bersetuju dengan tindakan netizen itu yang disifatkan terlalu mengikut perasaan.

BACA: Ika Nabella Kecewa Belanja RM3,000 Bercuti Di Vila Mewah Tapi Aircond Rosak

Kata Ika lagi, jika terlalu marah jangan menjadikan saiz fizikal seseorang itu sebagai umpatan kerana yang buruk itu adalah perbuatan individu tersebut bukan saiz badannya. Malah, netizen perlu memikirkan perasaan individu lain yang bersaiz badan seperti itu.

“Kalaupun kalian marah sangat dengan dia (Bainun), tolong jangan jadikan saiz fizikalnya sebagai bahan umpatan. Itu menunjukkan betapa rendah tahap pemikiran kalian.

“Jangan terasa hati tau saya tegur ini secara umum sahaja sebab yang jahat itu dia bukan saiz badan dia. Bayangkan orang-orang lain yang saiz badan macam Bainun, apa mereka rasa?.

“Mereka akan berasa sangat terhina berfizikal begitu sedangkan mereka tak minta pun hidup (lahir) dengan saiz badan macam itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ika turut memberi teguran bahawa mengata saiz badan seseorang atau body shamming akan memberi kesan buruk terhadap seseorang.

“Kalian pernah terfikir tak kesan-kesan body shamming terhadap segelintir orang. Mungkin apa yang berlaku kepada Bella anda salah satu (kesan) daripadanya.

“Orang yang tak kuat iman akan cari orang lain yang lebih (dari sudut emosi seseorang) untuk melempiaskan rasa marah mereka. Bukankah perkara itu agak jelas, tidakkah kalian rasa begitu?,” katanya.