fbpx

Baru-baru ini, pelakon Ika Nabella berkongsikan pengalamannya apabila percutiannya bersama keluarga musnah kerana pendingin hawa villa yang diduduki oleh mereka rosak.

Menurut Ika lagi, paling terkesan adalah anak lelakinya, Noah yang terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesan dan berpeluh-peluh.

BACA: Ika Nabella Disindir Tak Layak Tunai Umrah

Kata Ika lagi, lebih kesal apabila pihak pengurusan villa di Janda Baik itu tidak mengendahkan aduannya dan membiarkan mereka sekeluarga tertunggu-tunggu hingga pukul 4 pagi.

“Bowie cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan ‘saya minta penyelia usahakan’ dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.

“Servis yang sangat teruk apabila anda membiarkan pelanggan menunggu lima jam tanpa tindakan apa-apa. Akhirnya kami menukarkan bilik Noah dan meletakkan dia bersama-sama dengan sepupunya.

“Bayangkan kalau ada bayi yang tidur dalam satu bilik seorang mengigau dan menangis, apa akan jadi kepada mereka semua?” katanya.

Kata Ika lagi, dia membayar lebih RM3,000 untuk percutian tersebut namun servis yang ditawarkan tidak memuaskan dan seperti tidak berbaloi.

“Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah belanja RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa,” katanya.

Dalam entri tersebut, Ika turut meraskan dirinya seperti seorang ibu yang teruk kerana tidak dapat melakukan apa-apa untuk keselesaan anaknya hanya disebabkan kecuaian pihak lain.