Genap 10 tahun Yana Samsudin bersama pihak pengurusan Metrowealth (MIG), itu memungkinkan dia layak untuk diangkat bakatnya ke peringkat lebih tinggi.
Manis disapa Yana, wanita berusia 28 tahun ini dilihat punyai nama yang agak bersih dari tempias gosip mahupun kontroversi.
Ketika ditemui di majlis penyampaian Anugerah Pemenang ABPBH 2012 di Holiday Villa Subang semalam team kami sempat bertanya mengenai isu salah seorang talent baru MIG, Uqasha Senrose dan juga Pekin Ibrahim yang kini hangat bercinta dan terbaru Uqasha ada meluahkan hasrat untuk keluar dari MIG apabila tamat kontrak.
Sebagai artis yang lebih senior, sudah pasti Yana lebih arif mengenai isu ini dan lebih faham karakter David Teo yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang amat fokus jika ia melibatkan bidang kerja.
Tambahan pula, percintaan di antara artis MIG amat dilarang dan ianya sudah termaktub di dalam kontrak.
“Hubungan cinta mereka ini pun saya tidak pasti, tapi pada saya tidak perlu komen apa yang saya rasa terlalu peribadi, apa yang saya share ini adalah apa yang saya tahu. Sememangnya sejak dari dulu lagi, siapa yang dah biasa dengan MIG tahu apa yang kami praktikkan dimana para artis dilarang bercinta sesama sendiri di dalam satu pihak pengurusan, sesama rakan kerja juga tidak dibenarkan. Saya juga pasti Uqasha sendiri mengetahui rules number 6 syarikat pengurusannya.”
Menurut Yana lagi, David Teo bukanlah seorang yang garang namun begitu apa yang dilakukan pasti ada sebab kerana dia sendiri suruh kahwin cepat, Farid Kamil sudah berkahwin manakala Diana Amir pula bertunang.
“Pada saya semua ini boleh terlaksana jika ada diplomasi di antara pekerja dan majikan dan saya yakin perbincangan mengenai isu ini akan dapat difahami semua kalau masing-masing clearkan penjelasan.”
Bukan mahu menjaga tepi kain artis mereka, tetapi itulah yang perlu dibimbing agar tidak memilih jalan yang salah tambahan lagi jika ianya melibatkan cinta.
“Perkara ini semua melibatkan rezeki masing-masing tetapi apa-apa pun kembali ke pangkal, fikir siapa yang bagi filem untuk berlakon dan apa yang telah dimeterai di dalam perjanjian sebelum ini.”
“Saya yakin Uqasha seorang yang bijak, dia pasti tahu apa yang dia inginkan dan apa akibatnya jika betul dia mahu keluar dari MIG kerana semua ini melibatkan hitam putih berjanjian”