fbpx

Yana Samsudin: Soal Anak Itu Rezeki Allah

Bila selebriti belum berkahwin, ditanya bila mahu kahwin. Bila sudah kahwin, ditanya pula bila mahu dapat anak. Bagi Yana Samsudin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami pada 13 Februari lalu, dia menyerahkan bulat-bulat rezeki cahaya mata kepada-Nya.

BACA: Cuci Tandas, Yana Samsudin Tiada Niat Tunjuk Bagus

“Kehidupan saya seperti biasa. Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang saya anggap sudah lengkap ini. Sudah berkahwin, semuanya sempurna ditambah boleh bekerja dan mencari rezeki, itu sudah memadai. Saya dan suami sibuk dengan kerja masing-masing”

“Apa yang penting, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik kepada suami. Soal anak itu rezeki Allah. Kalau ada baguslah. Rasanya belum terlewat lagi kerana usia perkahwinan kami juga masih baharu”

“Mengandung atau belum, saya tidak mahu menjadikannya sebagai satu tekanan dalam hidup. Suami saya pun tidak cakap apa-apa. Tipulah, kalau saya tidak mahu anak. Namun, semuanya bergantung kepada masa. Kalau sudah ada, baguslah. Kami terima sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain menjelaskan bahawa dia dan suami tidak merancang dalam soal zuriat, Yana sudah cukup bersyukur dan menyifatkan bahawa kehidupannya ketika ini sudah cukup sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata. (rtky/s)