Yana Samsudin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka, bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada Sabtu lalu.
Berkongsikan perkhabaran gembira itu di Instagram, Fadzil meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak mereka berjalan lancar dan isteri serta anak perempuan mereka berada dalam keadaan yang baik.
BACA: Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil Lapan Bulan
Menerusi entri itu, Fadzil turut memuat naik foto mereka sekeluarga di hospital dan Yana sedang mendukung anak perempuan mereka. Bagaimanapun, setakat ini masih belum mendedahkan nama dan wajah anak mereka.
Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian Yana memaklumkan dia akan berehat selama dua bulan daripada dunia permainan video untuk menjalani proses berpantang dan suaminya akan menggantikan tempatnya.
“Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan daripada game streaming dan En Ketua Rumah @fadzilzahari akan teruskan stream, sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya huhu,” katanya.
Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.
mase depan mendanya.. pencarum² yg berumur 30thn keatas kebanyakkan simpanan kwsp dh cecah 80k-100k keatas setakat keluar 10k ape yg gadai masa depan kebendanya??? kwsp ni ckp jer laa duit pencarum dh habis melabur..tinggal digit jer fizikal xde.. ko risau duit org mcm duit tu bapak ko yg cari plak!!!
X payah pening2 duit belanjawan x lulus krjn PN ni tumbang! Bossku dh bgtau umno xkan sokong belanjawan ni. Jd sila siap sedia utk Anwar jd PM. Semua masalah korg akan selesai bila Anwar jd pm.